');
Home » Percutian Murah Medan » Percutian Murah Medan & Tempat Menarik Di Medan

Percutian Murah Medan Percutian Medan - Percutian Murah Medan & Tempat Menarik Di Medan

Percutian Murah Medan & Tempat Menarik Di Medan Indonesia

Welcome To Percutian Murah Medan & Percutian Medan – Memang banyak tempat lawatan di Medan Indonesi yang bisa kamu kunjungi saat liburan tiba. Bandar Medan adalah kota terbesar ke-3 di Indonesia setelah jakarta  dan  Surabaya, banyak suku, etnis dan budaya di dalamnya seperti Suku Batak, Melayu, Jawa, Tionghoa dan etnis lainnya yang boleh anda temukan pada saat melakukan lawatan ke bandar Medan ini.

Bandar Medan ialah capital  of North Sumatera province tidak hanya kaya akan keragaman budaya saja tetapi juga menyimpan potensi wisata yang cukup beragam. Berikut ini adalah ikon lawatan popular di Medan Sumatera Utara yang menarik untuk anda kunjungi :

TASIK TOBA & SAMOSIR ISLAND

Samosir Indonesia - Percutian Murah Medan & Tempat Menarik Di Medan

Danau Toba menjadi salah satu wisata alam yang paling diandalkan dan terpopuler di Sumatera Utara. Bahkan terkenal hingga ke penjuru dunia. Air yang jernih dengan view cantik pegunungan menghijau semakin menambah daya tariknya. Belum lagi keberadaan Pulau Samosir di tengah danau yang begitu ikonik dengan kisah-kisah legenda yang menyertainya. berkunjung ke Danau Toba dan berpetualang ke Pulau Samosir Tempat bersejarah kebanyakkannya Perkampungan orang Batak dan juga Makam Raja-raja Batak. Untuk pusing-pusing kat kawasan Pulau Samosir. Kerusi Batu Huta Siallagan Kat tempat ni ada di tunjukkan beberapa buah rumah tradisional Orang Batak dan tarikan utama ialah Kerusi Batu yang berusia hampir 500 tahun. Kalau disebut nama Batak, zaman dulu mungkin agak seram bagi sesetengah orang di Malaysia. Apa yang tergambar, orang Suku Kaum Batak ni jenis yang makan orang. tu cerita dulu. Cerita sekarang, sudah lain. Di Pulau Samosir, yang terletak di dalam lingkungan Danau Toba, dihuni oleh ramai penduduk asli tempat ini dikenali sebagai Batak Toba. Suku Kaum Batak ini antara penduduk terawal di kawasan ini dan punyai sejarah yang tersendiri.

BERASTAGI HIGHLAND

Kawasan pelancongan tanah tinggi, kalau kat negara Malaysia lebih kurang macam Cameron Highland lah. Berastagi mempunyai ketinggian 1300 meter dari aras laut. Sejuk kat sini. Apa yang ada di Brastagi?
Kita naik ke Bukit Gundaling. Dari situ boleh nampak gunung berapi aktif Sinabung dan Sibayak. Tengok sunset pun best juga di sini. Lepas tu boleh juga menaiki kuda pusing Pasar Buah, Berastagi. Banyak buah-buahan dan bunga dijual di sini. sudah pasti Buah-buahan menjadi pilihan utama. Paling popular di sini ialah Buah Jeruk (buah limau). Selain itu, ada banyak jualan buah mangga, avocado, kesemek (pisang kaki), terung belanda, strawberi, jagung, buah markisa dan banyak lagi. Dan Berendam di Permandian Si Debuk Debuk Hotspring atau dan melawat Taman Alam Lumbini, sebuah pusat pengajian agama Buddha yang terbesar di Asia Tenggara.

Medan, Indonesia bukan sahaja terkenal dengan tarikan pelancongan yang menawarkan pemandangan landskap yang cantik, tetapi juga dengan produk tempatan yang murah dan berkualiti. Antara yang menarik di Medan, termasuk pilihan produk pertanian seperti buah-buahan dan sayuran yang segar dan murah. Antara tempat menarik di Medan ialah Pasar Buah Berastagi Medan Jual Buahan Tempatan Murah Dan Manis. Kalau orang tempatan kenali tempat ini sebagai nama Pajak Buah. Pajak bermaksud pasar bagi orang Indonesia. Lokasinya terletak ditengah pekan Berastagi, bersebelahan dengan bulatan Tugu Kota Berastagi.

SAPO JUMA TONGGING

Sebenarnya, Sapo Juma merupakan nama penginapan di Tepi Danau Toba. Namun, satu hal yang menjadi daya tarik utamanya adalah kebun bunga dengan jalan setapak di antara bunga-bunganya yang bermekaran. Tak heran Kebun Bunga Sapo Juma Tongging menjadi satu spot favorit di Danau Toba untuk berselfie. Kebun bunga ini terletak di Desa Tongging, Kecamatan Merek, Kabupaten Karo, Sumatera Utara.

BUKIT INDAH SIMARJARUNJUNG (BIS)

Terletak di daerah tepi Danau Toba, ada bukit bernama Bukit Indah Simarjarunjung, Tigaras. Pemandangan yang disuguhkan adalah pemandangan seluruh kawasan Danau Toba dari puncak bukit. Perpaduan warna air danau, bukit hijau dan langit yang biru itu adalah pemandangan yang menakjubkan.

AIR TERJUN SIPISO-PISO

Air Terjun Sipiso Piso Di Medan dikatakan setinggi 120 meter. Ia diberi nama Sipiso Piso kerana mengikut cerita, air yang terjun ini antara yang tinggi dikawasan ini dan menjadi tajam seperti pisau. Sebab itu, orang tempatan menggelarkannya dengan nama Piso (Pisau).

Kalau nak kira jauh dari bandar Medan, ia memang jauh. Kalau nak kereta atau bas, ia memakan masa selama hampir 4 jam. Tetapi, lebi elok kalau ambil pakej pelancongan dari Medan ke Berastagi dahulu, bermalam untuk semalam di mana-mana hotel dan kemudian hari kedua baru singgah di Air Terjun Sipiso Piso.Masuk ke kawasan Ada deretan kedai restoran masyarakat tempatan dan juga kemudahan toilet. Ruang untuk bergambar juga luas di tapak Air Terjun Sipiso Piso.

Samada korang pilih untuk bergambar dari atas atau turun ke bawah, mengikut kesesuaian pelancong. Untuk ke bawah memang ada tangga dan ia memakan masa selama 40 minit untuk turun ke sana. Sebaiknya, untuk yang ada masalah kaki, ambil gambar kenangan Air Terjun Sipiso Piso di atas sahaja sudah cukup.
Dari tapak parkir, jika di sebelah kanan, korang akan nampak Air Terjun Sipiso Piso. Di Sebelah kiri, akan ada pemandangan cantik, luas mata memandang. Itulah dia Lake Toba. Samada pemandangan di Air Terjun atau pemandangan menghadap Lake Toba, dua-dua punyai pemandangan yang cantik untuk dijadikan kenangan.

PAJAK IKAN

Pasar yang terkenal di Medan di panggil Pajak Ikan. Pasar ini adalah pasar yang menjual pelbagai barangan keperluan seharian termasuk yang paling popular adalah kain pasang, baju dan pelbagai produk tempatan, hasil buatan orang Sumatera.

ISTANA MAIMUN

Bangunan Istana Maimun ini adalah sebuah bangunan peninggalan sejarah semasa adanya Kerajaan Melayu, diberi nama Sultan Deli ke-IX iaitu Sultan Ma”moen Al Rasyid Perkasa Alamsyah (Maimun). Bangunan Istana ini mula dibina pada tarikh 26 Ogos 1888 dan siap selama 3 tahun kemudian. Ia kemudian dirasmikan pada tanggal 18 Mei 1891.
Bangunan ini dibina begitu kukuh dan megah. Direka oleh arkitek asal negara Itali yang bernama Ferari. Menariknya Istana Maimun punyai konsep “architecture” yang unik, cantik dan memiliki karakter unsur tradisiononal khas Indonesia dengan sentuhan Melayu. Binaan istana ini baik bentuk maupun dekorasinya dipengaruhi oleh pelbagai budaya campuran antara lain Melayu, Islam, Spanyol, China, India dan Itali. Memenuhi ciri-ciri Sultan, bangunan ini didominasi dengan warna kuning keemasan yang menjadi identiti Raja Melayu.
MESJID RAYA MEDAN/ GRAND MOSQUE
Masjid Raya di Medan. Di dalamnya tersimpan sejarah tersendiri dan ia antara bangunan yang dipelihara untuk objek wisata (pelancongan) di Medan.

Tempat lain-Lain yang Menarik di medan :
Tempat Shopping:-
Medan Mall
Sun Plaza (Sogo)
Kedai Bika Ambon Hajah Zulaika dan Kedai Rika
Gudang Hajah Mariani
Kedai Pakaian Jalan Wajir
Pasar Aksara (Kompleks membeli-belah Ramayana)
Fashion Outlet

Tempat Menarik :-
Kantor Pos
Gedung Balai Kota
Rumah Agam Tjong A Fie
Ramadhan Fair (hanya diadakan pada bulan Ramadhan)
Perkampungan Madras

Tempat Makan menarik:-
Merdeka Walk
Restoran Garuda
Ayam Penyet Cinderalas
Soto Sinar Pagi
Restoran Ikan Bakar Pondok Lesehan Lubuk Idai
Restoran Simpang Tiga
Amaliun Foodcourt
Mee Ayam Panjang Polonia
Ayam Goreng Kalasan

# Share this information with your friends

No comments yet

Please write your comments

Your email will not be published. Fields marked with an asterisk (*) are required.

Your Comment*Your Name* Email Address* Your Website

Contact Us

If you have any questions, please contact us.